Kad Kredit Dan Kad Debit

Guru Silat : Wahai anak-anak muridku, persiapkanlah dirimu dengan segala ilmu sebelum kitabergerak menuju ke medan peperangan.

Murid
: Tuan guru, saya ada soalan cepumas(^_^).. Kenapa tidak kita pergi ke medan
perang dahulu baru kita persiapkan diri?

Guru Silat : Anak sapa ni cakap x pakai otak(^_^)??, kenapa tidak kita menunggu hujan
turun dahulu baru berusaha mencari payung?

Murid : Eh tuan guru ni, begurau pulak dia.Kalau hujan biasa xpe la jugak boleh main,
kalau dibuatnya turun hujan batu, x ke melekuk kepala kami?

Guru Silat : Hah tahu xpe..hehehe

Pelajaran Yang Boleh Di Ambil Dari Dialog Di Atas

saya yakin anda semua sudah matang untuk memahami dialog di atas.

Sebelum kita menceburkan diri dalam apa jua bidang perniagaan, kita perlu memastikan diri kita dipenuhi dengan pelbagai persiapan antaranya elemen ialah persiapan dari segi Fizikal dan mental.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda adalah mengenai persiapan kredit kad atau debit kad yang merupakan benda yang sangat penting dalam dunia perniagaan online.



Sangat diakui, kad kredit atau kad debit sangat diperlukan dalam memastikan segala urusan pembayaran di internet menjadi lancar. Tanpa kad-kad ini, mungkin segala urusan menjadi rumit

Jika anda rasa berisiko menanggung beban hutang untuk melanggan perkhidmatan kad kredit, anda boleh dapatkan kad debit Visa yang kini telah diterima oleh kebanyakan urusan perniagaa online dan ofline.

"Ala, takutla, nanti deorang boleh curi duit dalam akaun kad tu", anda tidak akan ke mana-mana jika masih menyimpan ayat takut tersebut, buangkan ayat takut itu dan bertindak dengan bijak dan bukan membuta tuli.

Walaupun pelbagai lagi kaedah yang boleh digunakan dalam urusan pembayaran secara online, namun jika anda sudah sampai pada tahap perniagaan hingga ke luar negara, pada masa itu anda akan tahu betapa pentingnya kad-kad ini.Jangan tunggu hingga bila dah berhadapan dengan urusan yang memerlukan kad debit atau kredit, baru kelam kabut nak apply kad2 tersebut, urusan akan menjadi lambat dan menyusahkan.Sekurang-kurangnya jika buat persiapan awal, anda boleh bertindak cepat dan merancang untuk langkah seterusnya

Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican
(Internet Marketer Terus Teguh Enterprise)
0174356798

248 F, Jalan Perak
10150 Georgetown,
Pulau Pinang,
Malaysia

http://terusteguh.com
http://bisnesgoyangkaki.blogspot.com
0 Responses