
Jika anda berada pada zaman sebelum terhasilnya kapal terbang, adakah anda akan terfikir akan wujudnya kapal terbang?, jika anda berada pada zaman sebelum terbinanya KLCC, adakah anda akan terfikir akan wujudnya KLCC?, Jika anda berada pada zaman sebelum terciptanya Taman Tergantung Babylon adakah anda akan terfikir akan wujudnya binaan tersebut?
Jika ya!!, jawapan anda, anda telah berada di suatu kemuncak kegemilangan.Mengapa saya berkata demikian?..Jawapannya adalah kerana anda percaya yang anda mampu jadikan suatu yang mustahil menjadi tidak mustahil.Pemikiran manusia normal hanya akan berkata "gila atau tidak mungkin" pada sesuatu yang belum wujud, manakala pemikiran orang yang berjaya akan berkata "Aku pasti wujudkan, samada cepat atau lambat!". Percaya pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu secara berterusan merupakan suatu sifat yang mampu membawa kita berada dikemuncak kegemilangan.
Apa kaitannya dengan Bisnes Online?
Ramai diantara kita yang berhenti daripada melakukan bisnes diinternet atau tidak langsung ingin mencuba melakukan bisnes diinternet kerana mereka sering berfikir, internet hanya
mampu dikuasai oleh orang-orang barat ataupun mereka yang sudah lama menapak dalam ruang legar perniagaan. Tidakkah anda pernah mendengar seorang suri rumah boleh meraih RM30000++ dalam masa 2 bulan dengan hanya berada di hadapan komputer?, tidak pernahkah anda mendengar seorang budak baru berusia 18 tahun pernaih meraih RM5000++ dalam masa sebulan?, adakah itu suatu yang mustahil?, jika anda bertanya kepada mereka "adakah ia mustahil?" , jawapan mereka, "Ia mustahil jika anda tidak mahu mencuba", "bagaimana anda boleh melakukan?", mereka pasti akan berkata, kami mencuba tanpa berputus asa dan kami yakin pada diri kami sendiriSatistik pengguna internet di Malaysia pada tahun 2005 adalah 10, 040, 000, kadar penambahan pengguna internet pada setiap tahun adalah 200%!!, cuba bayangkan berapakan jumlah pengguna internet di Malaysia sekarang?. Jika anda dapat mengambil hanya RM1 daripada mereka, sudah tentu anda akan menjadi jutawan(^_^), namun ianya bukanlah suatu yang sangat mudah, kita memerlukan sedikit pengetahuan.
Keyakinan yang bersungguh-sungguh dan diiringi dengan pengetahuan yang mencukupi, pastinya menghasilkan suatu kejayaan yang boleh debanggakan.
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican
(Internet Marketer Terus Teguh Enterprise)
0174356798
248 F, Jalan Perak
10150 Georgetown,
Pulau Pinang,
Malaysia
http://terusteguh.com
http://bisnesgoyangkaki.blogspot.com
