
Hahaha...Khas buat newbie yang baru dalam dunia perdagangan internet.kali ini saya akan dedahkan tentang sebuah laman web yang telah membantu beribu-ribu berpuluh ribu IM(Internet Marketer) diseluruh dunia dalam menjana pendapatan mereka.Clickbank merupakan sebuah laman web yang menguruskan program affiliate secara berpusat.Ia merupakan sebuah laman web yang menemukan 3 golongan seperti penjual, pembeli dan ejen penjual. Namun demikian, produk-produk yang terjual di clickbank hanyalah produk-produk digital sahaja seperti ebook dan perisian(software).
Suatu ketika dahulu Clickbank tidak menerima pendaftaran dari rakyat negara Malaysia oleh kerana berlaku penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dari kalangan rakyat malaysia sendiri.Ini membuatkan ramai IM susah untuk meraih pendapatan melalui internet dan perlu mencari kaedah lain bagi menampung pendapatan mereka.

Setelah beberapa lama, seorang IM dari Malaysia yang tidak asing lagi dengan dunia affiliate iaitu Gobala Krishnan telah terjumpa satu teknik hebat yang membolehkan rakyat Malaysia mendaftar untuk menjadi Affiliate marketer di Clickbank dan beliau telah merakamkan tekniknya dalam bentuk tulisan di dalam sebuah ebook yang bertajuk E-book CHAPTER-M : A Malaysian's Guide To Profit From ClickBank & PayPal.

menjelang bebrapa lama selepas itu Clickbank telah membuka semula pendaftaran untuk rakyat Malaysia, mungkin kerana mereka merasakan rakyat malaysia telah sedar dari kesilapan(^_^) atau mungkin untuk meningkatkan margin keuntungan mereka, tidak kisahlah apa sebabnya, berita ini telah mengembirakan beribu IM di seluruh malaysia!! sejak itu E-book chapter M tidak relevan lagi.
Beratus-ratus artikel oleh blogger telah ditulis untuk memaklumkan kepada pembaca-pembaca blog mereka yang meminati bidang perniagaan melalui affiliate ini. Apa yang menariknya tentang Clickbank, segala pembayaran akan di buat melalui check yang akan dihantar melalui alamat semasa pendaftaran dilakukan.Tugas anda hanyalah perlu memasarkan link-link affiliate secara besar besaran dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat.Sejak itu juga segala urusan dengan Clickbank menjadi lebih mudah!!
Anda boleh mendapatkan teknik-teknik yang betul dengan cara perkongsian ilmu bersama rakan-rakan atau bertanya kepada otai-otai affiliate yang sering berkunjung di sebuah forum iaitu wangcyber.com ..
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan, saya akan kembali lagi dengan artikel-artikel yang lebih menarik dan peng dengan informasi khas buat anda pengunjung blog saya (^_^)..Salam hormat
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican
(Internet Marketer Terus Teguh Enterprise) 0174356798 248 F, Jalan Perak 10150 Georgetown, Pulau Pinang,
Malaysia
http://terusteguh.com
http://bisnesgoyangkaki.blogspot.com
